Dalam menemani isteri penulis meniti waktu-waktu getir di bilik bersalin, gundah menanti permulaan naskhah baru dalam hidup penulis, tiba-tiba gelagat doktor-doktor yang ke hulu hilir mengendalikan bilik bersalin menarik perhatian penulis seketika.
Persepsi umum sering mengaitkan kerjaya sebagai seorang doktor adalah kerja yang mulia atas skop kerja mereka adalah bersifat merawat dan menyelamatkan nyawa. Maka mudah untuk kita memahami mengapa kerjaya ini lebih mendapat tempat di hati orang ramai.
Justeru itu, bagaimana kedudukan profession guaman dari kaca mata umum. Jika hendak dikatakan masyarakat meletakkan profession kita sebaris dengan kerjaya sebagai doktor, maka mereka akan mengatakan bahawa lidah peguam sememangnya bercabang. maka, penulis pada ketika itu telah membandingkan faktor luaran yang membezakan diantara seorang peguam dengan seorang doktor yang lain.
Perbezaan yang jelas adalah dari segi pemakaian. Peguam terkenal dengan pemakaian coat dan robes yang berwarna hitam manakala doktor menampilkan pemakaian bertunjangkan warna putih. Dari segi ini, doktor mendapat kelebihan awal dari peguam memandangkan warna putih sering dikaitkan dengan kebaikan dan kebersihan sedangkan warna hitam adalah digambarkan sebagai warna kegelapan dan kejahatan.
Tahukah anda bahawa sebelum warna putih menjadi warna asas dalam bidang perubatan, pada lewat tahun 1800, warna utama bagi doktor ketika itu adalah warna hitam dan bukannya putih. Ianya hanya pada awal tahun 1900, terdapat beberapa usaha untuk mengaitkan warna putih yang sinonim dengan kebersihan yang cuba diterapkan kepada pegawai perubatan. Perubahan ini telah dimulakan oleh beberapa dokumen yang di rekodkan pada awal permulaa transaksi dari warna hitam ke warna putih di mana antaranya ialah dokumen yang dikenali sebagai "The Agnew Clinic" (figure 2) dari University of Pennsylvania di mana gambar D. Hayes Agnew, MD, boleh dilihat memakai pakaian baju longgar berwarna putih bersama dengan pembantunya yang turut memakai pakaian berwarna putih sedangkan pada ketika itu, majoriti pegawai perubatan adalah berpakaian warna hitam.
Maka, mengapa para peguam memilih untuk memakai pakaian warna hitam adalah masih satu misteri bagi penulis. Ada antara pendapat yang mengatakan bahawa pakaian warna hitam bagi peguam-peguam di Britain pada zaman awalnya adalah sebagai tanda berkabung terhadap kematian Ratu-ratu Britain pada zaman dahulu. Pemakaian warna hitam tersebut kemudian tersebar dan seolah-olah menjadi satu ikutan sehingga ke hari ini. Keesahan perkara ini adalah masih belum dapat dipastikan.
Namun,penulis percaya sekiranya terdapat metafora dalam menafsirkan pemakaian para peguam, maka ini adalah pendapat penulis mengapa pemakaian peguam-peguam adalah sebegitu rupa. Dari luarnya pemakaian peguam-peguam adalah berwarna hitam namun disebalik warna hitam tersebut, terdapat warna putih di dalamnya. Mungkin ianya menggambarkan bahawa cara peguam dalam mengendalikan kes-kes bagi anak guamnya pasti akan mendatangkan rasa kurang senang dan sering dianggap sebagai satu tindakan tidak wajar sekurang-kurangnya bagi pihak yang satu lagi. Namun, segala tindakan yang diambil adalah atas niat untuk membantu anak guam mereka bagi mendapatkan keadilan dan sudah pastinya, para peguam akan melindungi kepentingan anak guamnya dari segi perundangan.
Namun, apalah ada pada warna. Yang penting niat dan tujuan berkhidmat seharusnya jelas untuk menjalankan amanah yang diberikan tidak kira dalam apa warna sekalipun. Ini adalah hanya satu pemikiran yang tidak bersandarkan kepada sebarang niat melainkan hanya satu luahan mengisi masa terluang pada ketika itu. Mungkin sebagai salah satu cara menenangkan diri dalam menemani isteri penulis bagi persiapan untuk melahirkan anak kami yang pertama. Maafkan sekiranya masa anda terbuang dengan membaca pendapat ini dan ianya hanyalah satu fiksyen pemikiran penulis semata-mata. sekian
Jenaka antara Peguam dan Doktor.
A man woke up in a hospital bed and called for his doctor. He asked "Give it to me straight. How long have I got?" The physician replied that he doubted that his patient would survive the night. The man then said "Call for my lawyer." When the lawyer arrived, the man asked for his physician to stand on one side of the bed, while the lawyer stood on the other. The man then laid back and closed his eyes. When he remained silent for several minutes, the physician asked what he had in mind. The man replied "Jesus died with a thief on either side, and I thought I'd check out the same way."
apabila penangguhan tidak dibenarkan~!
Kebelakangan ini, terdapat satu dilema yang dihadapai oleh para pengamal undang-undang apabila Mahkamah begitu agresif untuk menyelesaikan kes-kes. Kini, jarang kedengaran suatu permohonan bagi penangguhan mendapat pertimbangan yang wajar dari Mahkamah walaupun pada ketika pihak-pihak dalam tindakan tersebut tidak mempunyai bantahan terhadap permohonan penangguhan tersebut. Malah ada ketikanya akibat dari penangguhan tidak dibenarkan mengakibatkan kes tersebut dilupuskan tanpa pihak-pihak mendapat keadilan yang sewajarnya.
Sebelum isu ini dibicarakan dengan lebih lanjut, biarlah kita melihat kepada punca mengapa keadaan ini berlaku. Adalah dipercayai bahawa senario ini bermula atas sebab utamanya bagi memenuhi kehendak Petunjuk Prestasi Utama (Key's Perfomance Indicator)atau lebih mesra dikenali sebagai KPI. Asas perlaksanaan KPI ini adalah berteraskan kaedah yang diterapkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia Ke 6 bagi memastikan produktiviti kakitangan awam mencapai tahap keberkesanan yang tinggi.
Niat serta visi berkenaan KPI ini adalah murni dan seharusnya disokong memandangkan masih kedengaran suara-suara ketidakpuasan segelintir kakitangan kerajaan yang gagal untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang awam. Samada konsep ini sesuai untuk diadaptasi bagi sistem kehakiman masih terbuka untuk didebatkan. Namun, isu yang tersebut di atas tidak akan dikupas dengan lebih lanjut dan cukup sekadar menyentuh asas yang menyemarakkan keadaan ini berlaku.
Kebimbangan berkenaan kegagalan kes-kes diselesaikan untuk tempoh waktu yang lama bukan sahaja menjadi kebimbangan untuk pihak Mahkamah, ianya turut dikongsi oleh para peguam. Namun, terdapat kes-kes yang mana ianya tidak dapat diselesaikan dalam tempoh waktu yang singkat memandangkan terdapat permohonan-permohonan interlokutori yang difailkan berdasarkan kepada aturan-aturan undang-undang sedia ada. Penulis tidak teragak untuk bersetuju sekiranya kes-kes yang tidak melibatkan persoalan undang-undang yang kompleks harus diselesaikan lebih awal dari tempoh waktu 2 tahun sahaja. Dan sekiranya terdapat rekod prosiding kes telah beberapa kali ditangguhkan tanpa sebarang alasan yang kukuh, Mahkamah berhak menolak sebarang permohonan penangguhan dan meneruskan dengan bicara.
Namun, kini terdapat keadaan yang membimbangkan apabila ada ketikanya Mahkamah enggan membenarkan penangguhan bagi kes-kes yang yang baru sahaja difailkan. Sekiranya peguam-peguam yang mengendalikan sendiri kes-kes yang ditetapkan untuk bicara terpaksa memohon penangguhan atas sebab-sebab kecemasan yang tidak dapat dielakkan, Mahkamah kini lebih cenderung untuk enggan menggunakan kuasa budi bicara dengan tidak membenarkan sebarang penangguhan. Pilihan yang diberikan kepada para peguam hanyalah samada kes ditarik balik, pihak-pihak bersetuju menyelesaikan tindakan di luar Mahkamah pada tarikh tersebut ataupun kes di jalankan walaupun pihak-pihak tidak bersedia.
Apa yang membimbangkan, sekiranya terdapat permohonan penangguhan yang benar-benar bona fide daripada peguam-peguam seperti masalah kesihatan atau masalah yang tidak dapat dielakkan seperti terdapat kes di luar kawasan yang mana penangguhan juga tidak dibenarkan, apakah peguam-peguam tersebut tidak akan terganggu dalam menjalankan kesnya dengan sempurna. Kesannya bukan sahaja terhadap kes itu sendiri tetapi juga Mahkamah dan polisi awam akan turut terjejas. Sebagai contoh mudah, apabila kes tidak dijalankan dengan teratur dan teliti, Hakim-hakim tidak akan dapat menjalankan satu perbicaraan yang adil dan di akhirnya, penghakiman kes turut akan terjejas apabila isu-isu yang sepatutnya diputuskan tidak dapat dibangkitkan oleh pihak-pihak memandangkan perbicaraan kes tersebut dijalankan secara terburu-buru. ini bukan sahaja memberi reputasi buruk kepada sistem perundagan dan kehakiman malah mengakibatkan kepercayaan orang awam akan terhakis.
Terdapat isu yang sering dibangkitkan oleh pihak Mahkamah bahawa sekiranya terdapat peguam-peguam lain di firma peguam yang memohon penangguhan tersebut, maka peguam-peguam lain boleh meneruskan kes bagi pihak peguam tersebut. Dalam isu ini penulis merasakan ianya perlu diperjelaskan bahawa peguam yang mengendalikan kes adalah lebih arif berkenaan kes tersebut dan segala persiapan serta isu-isu dalam kes tersebut hanya diketahui oleh peguamcara tersebut. Adalah amat sukar untuk seorang peguam lain untuk hadir dan mengendalikan kes bagi pihak peguamcara asal yang mengendalikan kes tersebut dalam tempoh yang singkat. Malah anak guam lebih selesa agar kesnya dikendalikan oleh peguamcara yang asal mengendalikan kesnya daripada ianya dikendalikan oleh peguamcara yang lain. Juga perlu dinyatakan bahawa secara amnya, terdapat 2 kategori peguam iaitu peguam yang mengendalikan hal litigasi dan satu lagi peguam yang mengendalikan urusan hartanah iaitu conveyancing. maka adalah sukar bagi seorang peguamcara yang mengendalikan kes-kes conveyancing untuk hadir dan meneruskan kes litigasi di Mahkamah dalam tempoh waktu yang singkat.
Penulis ingin merujuk kepada penghakiman Yang Arif Hakim KC Vohrah dalam kes LEE AH BA v MD NOOR BIN ARIFFIN & ANOR [1990] 3 MLJ 169 di mana telah memberi penghakiman yang sejajar dengan isu yang dibincangkan disini:-
“In exercising its discretionary power to grant adjournments, a court ought not to make an order that would defeat the rights of a party and destroy them altogether unless satisfied that the party concerned has been guilty of such conduct that justice can only be properly done to the other party by coming to that conclusion.”
“The trial judge’s order striking out the plaintiff’s claim after refusing to adjourn the trial was not properly made and served to defeat the plaintiff’s rights altogether.”
Keengganan Mahkamah menggunakan budi bicara untuk membenarkan penangguhan bukan sahaja akan mengakibatkan pihak-pihak dinafikan hak mereka untuk membentangkan kes mereka dengan sempurna tetapi juga akan mengakibatkan ketidakadilan berlaku terhadap pihak-pihak. Yang Arif Hakim KC Vohrah juga telah membincangkan soal perundangan dengan merujuk kepada kes-kes terdahulu di mana ianya amat perlu diperhalusi oleh bidang kehakiman pada ketika ini. Merujuk kepada penghakiman Yang Arif Hakim yang bijaksana seperti berikut:-
"The adjournment of a proceeding under a rule or under the inherent jurisdiction is a judicial act which may be reviewed on appeal but as it is a matter of discretion the Court of Appeal will be slow to interfere ( Maxwell v Keun [1928] 1 KB 645 followed locally in Mohanlal Gordhandas Sheth v Ban Guan & Co [1956] MLJ 13; see also passage in Palaniappa Chettiar v Arunalsalam Chettiar (FM Civil Appeal No 34/35) (Unreported) cited in Tan Eng Hoe v Liang Hooi Kiang [1961] MLJ 119 at p 120). Although in the present case the learned judge has himself reviewed his earlier decision, his later decision, being a judicial act, is still subject to review as to whether it was properly exercised, though the appeal court will be slow to interfere with his discretion. Though slow to interfere, appeal courts have intervened in the interest of justice as can be seen in the cases of Dick v Piller [1943] KB 497 (adjournment on production of medical certificates that were not objected to), Priddle v Fisher & Sons [1963] 3 All ER 506 (adjournment on bona fide telephone message of inability to attend hearing), Kishen Singh v Low Kee (1923) 5 FMSLR 3 (adjournment to procure attendance of witness who failed to attend in compliance with summons), Haji Yahia v Bukah (1929) 7 FMSLR 86 (adjournment as attorney was ill), Mohanlal Gordhandas Sheth v Ban Guan & Co [1956] MLJ 13 (adjournment as party absent was overseas, not aware of date of hearing), and the Supreme Court case of Hup San Timber Trading Co Sdn Bhd v Tan Ah Lan [1979] 1 MLJ 238 (adjournment since there was doubt as to real reason for inability of defendant to attend court)."
Penulis juga memetik penghakiman oleh Yang Arif Hakim Dato' VT Singham dalam kes SOONFROZE CORP SDN BHD v SITI SALABIAH BTE CHEK HASSAN & ORS [2003] 5 MLJ 361 di mana Yang Arif Hakim yang bijaksana telah memberi garis panduan yang cukup berteraskan keadilan di mana adalah seperti berikut:-
"the Court of Appeal ought to be very slow indeed to interfere with the discretion of the learned Judge on such a question as an adjournment of a trial, and it very seldom does so; but, on the other hand, if it appears that the result of the order made below is to defeat the rights of the parties altogether, and to do that which the Court of Appeal is satisfied would be an injustice to one or oilier of the parties, then the Court has power to review such an order, and it is, to my mind, its duty to do so”
Malah dalam kes Soon Frooze Corp Sdn Bhd di atas, Yang Arif Hakim yang bijaksana turut menyatakan ratio yang seharusnya menjadi panduan Mahkamah dalam menggunakan budi bicara dalam mendengar sesuatu kes seperti yang dinyatakan berikut:-
"The record of proceedings which was included in the record of appeal showed that the assistant director of labor took only two and a half hours to record the evidence of the 19 employees as well as to question them. The manner in which the hearing was rushed coupled with the refusal to grant the postponement was very unsatisfactory. Justice should not be rushed in such a hurried manner and justice hurried in the manner as had been done in the instant appeal was tantamount to an abuse of discretionary justice and a defeat to justice."
“At the outset let me say this. I would rather live with arrears and backlog of cases, which is I think a lesser evil, than have cases disposed of with such a speed and in such hurried a fashion as would leave in the minds of the ordinary persons a lingering suspicion that something is not right. Justice must not only be done but must manifestly be seen to be done. This case which I have called for revision is a case in point.”
Adalah di harap agar pandangan penulis ini mendapat reaksi positif bukan sahaja dari para peguam namun dari kaca mata kehakiman. Perlu juga dinyatakan disini, pandangan ini diutarakan oleh penulis adalah berdasarkan kepada satu insiden yang dialami sendiri oleh pihak penulis yang tersepit atas keengganan Mahkamah mempertimbangkan permohonan penangguhan penulis. Walau apapun, pandangan ini tidak berniat untuk menyalahkan mana-mana pihak namun sekadar berkongsi pendapat dan harapan agar undang-undang dapat di laksanakan atas nama keadilan. sekian.
"Justice denied anywhere diminishes justice everywhere" - martin luther king jr.

fore words~!
satu lg blog..tapi yg nie tak sama...ceritanyer tak sama...foundation juga tak sama..niatnyer pun tak sama...apapun..ini hanya satu blog psal cerita fiksyen...maybe citer dongeng atau citer karut for some... but for others...it's definitely a story about us..common people with common problem...rest assured, ia tetap fiction to some others~!
Subscribe to:
Comments (Atom)