putih disebalik hitam~!

Dalam menemani isteri penulis meniti waktu-waktu getir di bilik bersalin, gundah menanti permulaan naskhah baru dalam hidup penulis, tiba-tiba gelagat doktor-doktor yang ke hulu hilir mengendalikan bilik bersalin menarik perhatian penulis seketika.

Persepsi umum sering mengaitkan kerjaya sebagai seorang doktor adalah kerja yang mulia atas skop kerja mereka adalah bersifat merawat dan menyelamatkan nyawa. Maka mudah untuk kita memahami mengapa kerjaya ini lebih mendapat tempat di hati orang ramai.

Justeru itu, bagaimana kedudukan profession guaman dari kaca mata umum. Jika hendak dikatakan masyarakat meletakkan profession kita sebaris dengan kerjaya sebagai doktor, maka mereka akan mengatakan bahawa lidah peguam sememangnya bercabang. maka, penulis pada ketika itu telah membandingkan faktor luaran yang membezakan diantara seorang peguam dengan seorang doktor yang lain.

Perbezaan yang jelas adalah dari segi pemakaian. Peguam terkenal dengan pemakaian coat dan robes yang berwarna hitam manakala doktor menampilkan pemakaian bertunjangkan warna putih. Dari segi ini, doktor mendapat kelebihan awal dari peguam memandangkan warna putih sering dikaitkan dengan kebaikan dan kebersihan sedangkan warna hitam adalah digambarkan sebagai warna kegelapan dan kejahatan.

Tahukah anda bahawa sebelum warna putih menjadi warna asas dalam bidang perubatan, pada lewat tahun 1800, warna utama bagi doktor ketika itu adalah warna hitam dan bukannya putih. Ianya hanya pada awal tahun 1900, terdapat beberapa usaha untuk mengaitkan warna putih yang sinonim dengan kebersihan yang cuba diterapkan kepada pegawai perubatan. Perubahan ini telah dimulakan oleh beberapa dokumen yang di rekodkan pada awal permulaa transaksi dari warna hitam ke warna putih di mana antaranya ialah dokumen yang dikenali sebagai "The Agnew Clinic" (figure 2) dari University of Pennsylvania di mana gambar D. Hayes Agnew, MD, boleh dilihat memakai pakaian baju longgar berwarna putih bersama dengan pembantunya yang turut memakai pakaian berwarna putih sedangkan pada ketika itu, majoriti pegawai perubatan adalah berpakaian warna hitam.

Maka, mengapa para peguam memilih untuk memakai pakaian warna hitam adalah masih satu misteri bagi penulis. Ada antara pendapat yang mengatakan bahawa pakaian warna hitam bagi peguam-peguam di Britain pada zaman awalnya adalah sebagai tanda berkabung terhadap kematian Ratu-ratu Britain pada zaman dahulu. Pemakaian warna hitam tersebut kemudian tersebar dan seolah-olah menjadi satu ikutan sehingga ke hari ini. Keesahan perkara ini adalah masih belum dapat dipastikan.

Namun,penulis percaya sekiranya terdapat metafora dalam menafsirkan pemakaian para peguam, maka ini adalah pendapat penulis mengapa pemakaian peguam-peguam adalah sebegitu rupa. Dari luarnya pemakaian peguam-peguam adalah berwarna hitam namun disebalik warna hitam tersebut, terdapat warna putih di dalamnya. Mungkin ianya menggambarkan bahawa cara peguam dalam mengendalikan kes-kes bagi anak guamnya pasti akan mendatangkan rasa kurang senang dan sering dianggap sebagai satu tindakan tidak wajar sekurang-kurangnya bagi pihak yang satu lagi. Namun, segala tindakan yang diambil adalah atas niat untuk membantu anak guam mereka bagi mendapatkan keadilan dan sudah pastinya, para peguam akan melindungi kepentingan anak guamnya dari segi perundangan.

Namun, apalah ada pada warna. Yang penting niat dan tujuan berkhidmat seharusnya jelas untuk menjalankan amanah yang diberikan tidak kira dalam apa warna sekalipun. Ini adalah hanya satu pemikiran yang tidak bersandarkan kepada sebarang niat melainkan hanya satu luahan mengisi masa terluang pada ketika itu. Mungkin sebagai salah satu cara menenangkan diri dalam menemani isteri penulis bagi persiapan untuk melahirkan anak kami yang pertama. Maafkan sekiranya masa anda terbuang dengan membaca pendapat ini dan ianya hanyalah satu fiksyen pemikiran penulis semata-mata. sekian


Jenaka antara Peguam dan Doktor.

A man woke up in a hospital bed and called for his doctor. He asked "Give it to me straight. How long have I got?" The physician replied that he doubted that his patient would survive the night. The man then said "Call for my lawyer." When the lawyer arrived, the man asked for his physician to stand on one side of the bed, while the lawyer stood on the other. The man then laid back and closed his eyes. When he remained silent for several minutes, the physician asked what he had in mind. The man replied "Jesus died with a thief on either side, and I thought I'd check out the same way."